Tuesday, 25 July 2017

Money Management MM

Ok aku nak jelaskan sikit tentang MM dan kenapa MM sangat penting, kenapa setiap kali aku bagi  signal mesti aku tekan kan untuk jaga MM.

MM tu berkait rapat dengan trader sampai bila- bila selagi seseorang trader itu masih lagi trade.

Contoh paling mudah, gaji kau orang RM3000 setiap bulan maka perbelanjaan kau orang sebulan pasti tidak melebihi RM3000 dan kau orang akan berjimat dan mengatur penggunaan duit kau orang supaya sampai ke hujung bulan.

Sama juga dengan trade ni, kalau equity kau orang USD100 maka kau orang hanya layak buat SATU ENTRY SEBANYAK 0.01 LOT maxima pun 0.05 LOT tapi pastikan kau orang letak SL dekat-dekat, kata orang rugi sikit takpa jangan sampai habis semua.

Adat lah dalam bisnes pasti ada masa rugi, contoh kau bisnes pengankutan, lori kau tayar pancit jadi kau perlukan modal untuk baiki kerosakan TAPI kalau hari-hari rosak mati la wei!!

Dalam trade ini yang paling penting
  • JANGAN TAMAK
  • KAWAL EMOSI NAK CEPAT KAYA
  • JANGAN BALAS DENDAM PADA MARKET
  • BIAR PROFIT SIKIT TAPI HARI-HARI
  • JANGAN TRADE DALAM KEADAAN STRES
  • PASTIKAN JAGA MM
Kata Hati Aku
Bersedekahlah ketika susah dan senang, keluarkanlah zakat perniagaan atas pendapatan kita di dalam forex. Semoga Allah buka pintu rezeki kita seluas-luasnya. Amin. 
ikhlaskan segalanya...

No comments: